Apa yang sedang berlaku: Axiata Group Bhd dan Telenor ASA bakal mewujudkan Pusat Inovasi Serantau (RIC) bagi penghasilan perkhidmatan dan produk berteknologi tinggi buatan Malaysia.
Kenapa ini penting: Cadangan pembangunan RIC akan menjadikan revolusi perindustrian 4.0 (IR 4.0) lebih bersedia dan mampu berdaya saing pada permintaan pasaran. Selain itu, pusat ini juga dijangka mampu menghasilkan bakat yang berkualiti tinggi. Secara tidak langsung membuka peluang kerjaya kepada graduan yang berkemahiran digital – seperti penyelidik sarjana, doktor falsafah (PhD). Malah, menurut perbincangan, hampir 50% kriteria tenaga mahir yang diperlukan adalah warganegara Malaysia.
Bagaimana ia berfungsi: RIC ini bertindak untuk menghasilkan komponen tertentu dalam sesebuah sistem pintar. Ia meliputi pembangunan dalam kecerdasan buatan (AI), peranti berhubung (IoT) dan keupayaan 5G.
Apa selepas ini: Menerusi pembangunan RIC, Axiata dan Telenor ASA telah menyasarkan pelaburan sejumlah RM100 juta selama setahun bagi pelakasanaan operasi ini. Malah bagi membantu pembangunan operasi RIC ini, untuk peringkat awal beberapa tenaga mahir Celcom dan Axiata bakal dipindahkan.