Artikel

IFO – Tinjauan Ekonomi Dunia Semakin Susut

Apa yang sedang berlaku: Institut ekonomi Jerman, Ifo telah menjalankan tinjauan ke atas kesan perang perdagangan antara AS dan China terhadap ekonomi dunia. Tinjauan jelas menunjukkan ekonomi dunia kian susut.

Kenapa ini penting: Menurut tinjauan tersebut yang meliputi hampir 1,200 pakar ekonomi dunia darpada 110 negara telah menyifatkan jangkaan ekonomi telah bertambah buruk pada suku ketiga tahun ini. Malah Pengarah Ifo – Clemens Fuest menyatakan para pakar turut mengharapkan pertumbuhan positif pada perdagangan dunia. Amerika Syarikat dan China adalah destinasi eksport penting bagi pengeluar Jerman, oleh itu pertikaian tarif antara kedua-dua ekonomi terbesar di dunia mempunyai kesan besar kepada pengeluar barangan Jerman.

Apa selepas ini: Pejabat Perangkaan Persekutuan Jerman bakal mengeluarkan laporan angka produk domestik kasar awal untuk tempoh bulan April-Jun ini. Pelaporan Reuters juga turut meramalkan penguncupan 0.1% suku ke suku bakal berlaku.