Artikel

Mengapa Tentera China Mesti Diharamkan Memasuki Hong Kong

Ribuan pelajar Hong Kong telah menunjuk perasaan dijalanan Hong Kong selama berminggu-mingguan. Mereka menuntut kebebasan yang pihak berkuasa tidak bersedia untuk berikan. Pegawai kerajaan di wilayah itu telah memberi amaran kepada mereka untuk pulang, tetapi mereka tidak mengendahkan arahan ini.

Reaksi rakyat tempatan bercampur baur keresahan dengan rasa simpati. Rakyat bekerja mahukan kestabilan, tetapi tidak mahukan huru-hara. Isu utama yang menghadapi penduduk ramai adalah tentang definisi kestabilan apa yang dimahukan. Semua orang gugup tentang bagaimana ini akan berakhir, tetapi rata-rata kesemua mahukan protes ini berakhir secara aman.

Tahun ini, genap 30 tahun tragedi Dataran Tiananmen berlaku, dimana pada tahap kemuncaknya, demonstrasi pelajar di Beijing yang berlaku pada 4 Jun 1989 berakhir dengan pembunuhan ratusan hingga ribuan (angka rasmi tidak wujud) oleh tentera China yang melepaskan tembakan terhadap penunjuk perasaan yang rata-rata adalah anak muda China.

Tragedi Tiananmen telah mencalarkan sejarah moden China, dan telah menghitamkan hubungan China dengan dunia luar.

Di Hong Kong, ramai yang gusar perkara sama bukan sahaja mungkin berlaku, malah ia harus akan terjadi kerana China sebagai kuasa dunia rantau ini, tiada pilihan lain untuk menghentikan protes ini untuk terus berlanjutan.

Apa yang bermula sebagai pergerakan terhadap menghentikan rang undang-undang ekstradisi, yang membolehkan mana-mana suspek jenayah di Hong Kong diserahkan untuk dibicarakan oleh mahkamah di tanah besar China, telah berkembang menjadi satu cabaran terbesar sejak Tiananmen.

Aktivis memperbaharui tuntutan demokrasi yang lebih meluas di wilayah itu. Ada juga yang mahukan kemerdekaan Hong Kong dari China. Kekacauan yang berlaku pada 5 Ogos untuk mengganggu lapangan terbang Hong Kong menjadi tohmahan orang ramai.

Puluhan ribu penjawat awam menentang majikan mereka melalui menunjuk protes awam yang damai dengan mengatakan bahawa mereka bertuankan rakyat, bukannya kepemimpinan yang ada sekarang. Sebilangan besar rakyat Hong Kong memberi isyarat bahawa mereka tidak mempunyai keyakinan terhadap ketuanan mereka.

Ketika kehangatan demostrasi semakin meningkat, begitu juga retorik China dan kerajaan Hong Kong.

Pada 5 Ogos, Carrie Lam, pemimpin wilayah itu mengatakan bahawa Hong Kong “berada di ambang keadaan yang sangat berbahaya”.

Pada 6 Ogos, seorang pegawai dari pejabat kerajaan Hong Kong merasakan keperluan untuk mengeksploitasi implikasi tersebut. “Kami ingin menjelaskan kepada kumpulan kecil penjenayah yang tidak bertanggungjawab dan kuasa-kuasa kotor yang beroperasi di belakang mereka: orang-orang yang bermain dengan api akan binasa olehnya.”

China semakin matang dari tahun 1989. Ia lebih berkuasa, lebih yakin dan mempunyai pemahaman mengenai peranan yang dimainkan olehnya untuk memastikan kesejahteraan dalam kestabilannya di mata dunia.

Begitu juga peranan yang dimainkan oleh Hong Kong dalam kemakmurannya. Sudah tentu, parti itu tetap bertekad untuk mengekalkan kuasa sejak 30 tahun lalu. Tetapi Hong Kong bukan Tiananmen Square, dan 2019 bukan 1989. Jika China mendepankan tentera negaranya untuk menghadap penunjuk perasaan di Hong Kong, ini pasti tidak akan memperkukuhkan isu kestabilan dan kemakmuran China.

Sebaliknya, jika tentera China tiba di Hong Kong, ini adalah langkah jelas ia akan menjejaskan semua yang diidamkan oleh China, dan juga Hong Kong.