Artikel

Samsung Laksana Strategi Terbaharu Untuk Menjawab Pasaran Peranti Kelas Premium: Note 10 Dalam Dua Saiz

Samsung melancarkan Note 10 dalam dua saiz berlainan di bandar New York minggu lepas.

Tetapi acara itu menimbulkan persoalan: Mampukah ia menawan pasaran yang semakin kritikal terhadap kelas peranti premium?

Sebelum ini, kelas Galaxy Note keluaran Samsung merupakan pemacu pertumbuhan syarikat itu secara dominan. Akan tetapi, kini, ia hanya membentuk satu perempat daripada jumlah keluaran syarikat itu, kerana pengguna premium semakin liat untuk menggantikan peranti premium mereka yang sedia ada.

Galaxy Note 10 yang baharu tiba di pasaran didatangkan pada masa yang kritikal untuk mana-mana syarikat pengeluar telefon bimbit.

Huawei Technologies contohnya menghadapi kesukaran untuk memasarkan barangan mereka susulan sekatan ekonomi yang dikenakan terhadapnya oleh Amerika Syarikat (AS). Manakala Apple telah hilang daya tarikannya di pasaran Asia Pasifik, susulan angka kewangan yang baharu dipaparkan ke pasaran baru-baru ini.

Samsung, pembuat telefon pintar terbesar dunia, melancarkan Galaxy Note 10 di Pusat Barclays Brooklyn. Buat pertama kali, gergasi teknologi Korea Selatan ini memilih untuk menawarkan dua saiz telefon untuk model Note, dengan skrin berukuran diagonal pada 6.3 inci dan 6.8 inci masing-masing.

Telefon ini juga dilengkapi dengan kamera baru. Beberapa penganalisis teknologi mengakatan bahawa Galaxy Note 10 mampu memberikan kelajuan dan produktiviti yang diperlukan pasaran.

Pilihan tambahan yang ditonjolkan oleh Samsung melalui pelancaran Note 10 ini mencerminkan krisis kritikal yang melanda seluruh industri telefon pintar yang lebih meluas.

Sebelum ini, mana-mana pengeluar telefon pintar, boleh mengharapkan pembeli untuk terus membeli apa sahaja keluaran telefon pintar yang baharu, terutamanya jika harga yang dikenakan adalah untuk kelas premium. Akan tetapi, era ini telah berakhir, dengan pengguna menunjukkan tanda-tanda liat untuk membeli peranti baharu yang berharga MR4,000 ke atas. Jualan industri untuk kelas premium telah susut suku demi suku.

Telefon kelas premium, atau dikenali sebagai ‘flagship’ seperti Galaxy Note 10, mempunyai keupayaan untuk menyumbang secara ketara, jumlah pendapatan Samsung yang mampu memberi saingan kepada Apple. Secara tradisi, ia memperoleh harga runcit yang tinggi, mempunyai kebolehan untuk berikan imej jenama yang premium, dan membolehkan pengeluar mendapat keuntungan yang lumayan.

Sehinggakan pada tahun lepas, Samsung menjual sehingga tiga variasi peranti tersebut: dua telefon Galaxy S dan satu model Galaxy Note tunggal.

Tetapi untuk tahun ini, Samsung dijangka akan mengendalikan satu strategi yang agak mudah untuk ditafsir. Iaitu meletakkan peranti kelas premium ini dengan peranti Note 10 yang didatangkan dalam dua saiz untuk memudahkan pasaran membuat pilihan untuk samada terus bersama Samsung dalam kelas Galaxy Note, atau memberikan pilihan yang nipis untuk pelanggan memilih dua saiz ini dan menggantikan peranti ‘flagship’ keluaran syarikat lain untuk kelas sama.

Strategi Samsung ini adalah strategi yang berisiko tinggi, tetapi jika ia boleh berjaya dilaksanakan dengan baik, ganjaran untuk mendapatkan dan mengekalkan pasaran pengguna kelas premium juga tinggi.