Artikel

Pencipta Game of Thrones Menandatangani Perjanjian Bersama Netflix

Apa yang sedang berlaku: David Benioff dan D.B. Weiss, pencipta fantasi HBO Game of Thrones (GOT) telah menandatangani perjanjian pengeluaran multiyear dengan Netflix.

Kenapa ini penting: Perjanjian itu akan memberi Benitoff dan Weiss hak menulis, menghasilkan dan mengarahkan siri dan filem baru secara eksklusif di Netflix, berikutan peperangan bidaan sengit bagi syarikat-syarikat media yang besar seperti termasuk WarnerMedia Amazon, Disney dan HBO.

Kenapa sekarang: HBO telah menyatakan sebelum ini bahawa mereka tidak lagi berminat untuk menghasilkan apa-apa lagi siri berkaitan dengan Game of Thrones. Pencipta GOT masih lagi berminat untuk menghasilkan siri-siri berkaitan dengan dunia GOT. Netflix akan meraih keuntungan dan kos yang akan datang, dan bukannya HBO.

Apa selepas ini: HBO tidak lagi akan meraih keuntungan yang akan datang dari siri gergasi GOT. Ketua Pengaturcaraan HBO, Casey Bloys pernah menyatakan bahawa hubungan HBO dengan Weiss dan Benioff akan berakhir sekiranya mereka berhubung dengan syarikat media yang lain.