Artikel

Malaysia Keluarkan Model Pertama Kereta Kebangsaan Baharu Menjelang Mac 2021

Apa yang sedang berlaku: Malaysia akan tubuh syarikat kereta kebangsaan ketiga, selepas Proton dan Perodua. Syarikat baharu ini akan keluarkan model pertamanya menjelang Mac 2021. Kemungkinan besar model ini akan dibina untuk kumpulan T20 dan bukannya untuk golongan M40 dan B40. Cyberjaya DreamEDGE Sdn Bhd telah dinamakan sebagai syarikat yang akan membangunkan projek ini. Daihatsu Motor Company akan menjadi “sokongan pinjaman” dalam bidang teknologi canggih. Daihatsu tidak akan menjadi rakan kongsi ekuiti. Pembuat kereta baru masih belum diberi nama komersial.

Kenapa ini penting: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Darell Leiking berkata projek itu akan dibiayai secara persendirian dan tidak akan menggunakan dana kerajaan. Syarikat itu dijangka membentangkan model keupayaan kejuruteraan pada akhir bulan ini, dengan prototaip pertama yang dijadual dilancarkan pada Mac 2020.

Kenapa sekarang: Tiga perkara penting:
Pertama – Kerajaan tidak menjelaskan mengapa mereka memilih waktu sekarang untuk melancarkan syarikat kereta ketiga negara.
Kedua – Kerajaan juga tidak menjelaskan mengapa mereka (yakni kerajaan) yang melancarkan kereta ini, sedangkan kerajaan bukan menjadi pelabur dalam syarikat ini.
Ketiga – Kerajaan tidak menjelaskan mengapa syarikat ini tidak melancarkan kereta elektrik (Electric Vehicle atau EV) yang semakin mendapat sambutan pasaran. Pelancaran sesebuah kereta petrol bermakna syarikat ini memasuki sebuah pasaran yang sangat kompetitif.

Apa selepas ini: Terlalu banyak perkara yang akan menyusul selepas ini. Antaranya, efikasi dan kebolehan syarikat ini untuk membiayai projek kereta mereka, kebolehan mereka memasuki pasaran kereta yang seadanya, sungguh padat. Dan bagaimana operasi mereka akan berfungsi, terutamanya jika mereka akan memasuki pasaran antarabangsa