Artikel

BNM Berkemungkinan Menurunkan Kadar Pertumbuhan Ekonomi – Kenanga

Apa yang berlaku sekarang: Kenanga Invesment Bank mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat kemungkinan Bank Negara Malaysia (BNM) akan melakukan penurunan harga pada akhir tahun selepas penurunan sebanyak 25 mata pada bulan Mei, berikutan prospek ekonomi global yang lebih perlahan.

Kenapa ini penting: Kenanga membuat semakan semula berhubung ramalan dolar AS dan ramalan akhir tahun ringgit kepada 4.20 daripada 4.10 memandangkan China telah membenarkan yuan menyusut, kejatuhan harga minyak dan kebarangkalian yang lebih tinggi bahawa BNM boleh mengurangkan kadar faedah. Selain itu, kedudukan rizab antarabangsa negara telah meningkat kepada RM435 bil (AS $103.9 bil), secara tidak langsung ia mencukupi untuk membiayai jumlah import tertangguh (selama 7.6 bulan) dan hutang luar negeri (bagi jangka masa pendek).

Kenapa sekarang: Hal ini demikian kesan daripada penyusutan nilai yuan serta perang perdagangan antara China dan Amerika Syarikat.

Apa selepas ini: Secara tidak langsung memberi kelebihan kepada pengguna dan ekonomi dunia. Sekali gus memperlihatkan pengukuhan kedudukan ringgit pada pasaran.