Artikel

Bank Negara China Turunkan Nilai Matawang Yuan Dibawah 7 Kepada 1 Dolar, Pertama Kalinya Dalam Tempoh Sepuluh Tahun

Apa yang sedang berlaku: China melemahkan matawangnya sebagai tindak balas perang pemedagangan dengan AS. Bank Negara China (PBOC) telah menetapkan kadar rujukan harian Yuan pada 7.0039 untuk setiap satu dolar. Walaupun yuan telah jatuh dibawah paras 7.00 awal minggu ini, penetapan taraf ‘reference’ belum dibuat lagi sebelum ini.

Kenapa ini penting: Dalam melemahkan matawangnya, China sedar ekonomi domestik di dalam negaranya memerlukan pertolongan stimulus matawang.

Kenapa sekarang: Perang pemerdagangan antara China dan AS semakin meruncing.

Apa selepas ini: Dengan adanya situasi dimana Yuan lemah, ini memberikan satu insentif hebat kepada ekonomi dunia untuk terus berurusan dengan China. Contohnya, jika ada syarikat Malaysia yang ingin berurusan dengan China sekarang, ringgit lebih kukuh dari Yuan, maka kos sekarang rendah berbanding sebelum ini untuk memasuki pasaran China.