Artikel

China Akhiri Kuota Import Bagi Minyak Kacang Soya, Minyak Rapeseed, & Minyak Sawit

Apa yang sedang berlaku: China akan mengakhiri kuota import minyak kacang soya, minyak rapeseed dan minyak kelapa sawit daripada pengurusan kuota tarif importnya, kata kementerian perdagangan China pada Rabu.

Kenapa ini penting: Syarikat-syarikat di Malaysia yang mengeksport barang pertanian mungkin mampu memperkayakan lagi usaha mereka untuk terus eksport ke China dalam jangka masa terdekat.

Kenapa sekarang: Ini susulan China menghentikan pembelian produk pertanian Amerika Syarikat sebagai respons kepada keputusan Presiden AS Donald Trump minggu lalu untuk mengenakan tarif ke atas import bernilai AS$300 bilion lagi China.