Artikel

Ipsos Malaysia – Media Tradisional Masih Dipercayai

Berdasarkan tinjauan Ipsos Malaysia, rakyat tempatan  kini lebih cenderung untuk mempercayai media tradisional seperti akhbar, televisyen dan radio daripada sumber berita dalam talian. Pemerhatian ini telah dijalankan pada peringkat nasional dan global, bermula 25 Januari hingga 8 Februari 2019.

Malah turut difahamkan, rata-rata rakyat negara lebih mempercayai berita atau maklumat yang diperolehi daripada kenalan peribadi mereka berkenaan sumber lain.

“Kepercayaan rakyat Malaysia terhadap akhbar dan majalah meningkat dari 21% lima tahun yang lalu kepada 25% sekarang, sementara keyakinan rakyat terhadap televisyen dan radio meningkat dari 24% kepada 28% dalam tempoh yang sama,” menurut hasil kajian yang dikeluarkan dalam satu kenyataan oleh Ipsos.

Kajian itu juga mendapati keyakinan terhadap laman web dalam talian dan platform berita dalam talian untuk negara juga meningkat sebanyak 4% dari 8% hingga 12% untuk tempoh yang sama.

Bagi mengetahui maklumat lanjut, anda boleh melayari pada pautan dibawah.

Layari : Tinjauan Ipsos Malaysia – Media Tradisional Masih Dipercayai