Artikel

CIMB Islamic Bank, Takaful Ikhlas – Menyasar Sumbangan Kasar Berjumlah RM168 Juta

Apa yang sedang berlaku: Takaful Ikhlas General Bhd, anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Bhd telah melancarkan kerjasama strategik bersama CIMB Islamic Bank Bhd. Sasaran jalinan ini adalah menghasilkan pertumbuhan 11 peratus pada sumbangan kasar berjumlah RM168 juta bagi lima tahun akan datang.

Bagaimana ia berfungsi: Pada peringkat awal, kerjasama ini akan menawarkan perlindungan motor dan kediaman menerusi saluran-saluran tersebut. Namun, pada masa hadapan pula, pihak mereka akan turut memasukkan pakej perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta komersial, insurans berkaitan pengembaraan dan insurans perjalanan mengerjakan ibadah haji.

Kenapa sekarang: Indusri takaful am dilihat mula berkembang sebanyak 8.9 peratus dengan menjana sumbangan kasar RM2.79 bilion berbanding RM2.56 bilion pada 2017. Oleh itu, dijangka terdapat permintaan yang tinggi pada produk Takaful di masa hadapan.

Apa selepas ini: Sumbangan kasar ini akan terus meningkat. Di mana Bank Negara Malaysia juga menjangkakan aset perbankan Islam menyumbang 40 peratus daripada jumlah aset perbankan menjelang 2020 dan CIMB Islamic turut seiring sasaran itu yang akan hanya meningkatkan permintaan terhadap produk-produk Takaful.