Artikel

MyCreative Ventures Umum Perlantikan Naguib Razak Selaku Pengerusi

Apa yang sedang berlaku: MyCreative Ventures Sdn Bhd (MyCV) – Antara cabang pelaburan kerajaan, telah mengumumkan perlantikan Mohd Naguib Razak selaku Pengerusi baharu. Perlantikan ini mula berkuatkuasa sejak semalam, 6 Ogos 2019.

Kenapa ini penting: Sebelum ini Mohd Naguib telah membangunkan Resonance Media menjadi syarikat pembiayaan filem antarabangsa, pengagregatan IP serta produksi dengan projek animasi, televisyen dan filem di Tokyo, London dan Los Angeles. Beliau juga turut cemerlang semasa menjadi Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional bagi tempoh 2011 hingga 2012.

Apa selepas ini: Penglibatan beliau sedikit sebanyak dapat memberi nafas baharu kepada operasi MyCV dalam sektor pelaburan kerajaan. Sekali gus dapat meningkatkan lagi industri kreatif tempatan ke tahap yang lebih tinggi.