Artikel

Levi Pelepasan Bermula 1 September Ini

Apa yang sedang berlaku: Kerajaan mengumumkan semua yang ingin meninggalkan Malaysia, sama ada untuk bercuti atau bekerja, mereka perlu membayar satu Levi Pelepasan sebelum keluar dari negara ini.

Kenapa ini penting: Levi pelepasan akan mengakibatkan pengembara harus membayar lebih untuk melancong/bekerja di luar Malaysia.

Bagaimana ia berfungsi: Untuk pelancong yang menggunakan kelas ekonomi, harus bayar RM8 untuk destinasi di dalam negara ASEAN, dan RM20 untuk bukan ASEAN. Mereka yang menggunakan kelas bukan ekonomi, harus bayar RM50 untuk destinasi di dalam negara ASEAN, dan RM150 untuk negara bukan ASEAN.

Kredit : Maybank Research

Kenapa sekarang: Malaysia sebelum ini tiada makenisma untuk kutip cukai dari pelancongan luar negara. Berbanding negara jiran, Malaysia mengutip cukai terendah (rujuk jadual). Oleh sebab itu, kerajaan ingin menyamaratakan kutipan cukai untuk pelancongan Malaysia, sejajar dengan negara-negara jiran.

Apa selepas ini: Rakyat dijangkakan resah kerana ini adalah satu lagi cukai baharu yang dibawa oleh kerajaan. Tetapi menurut Maybank Research, impak terhadap pengguna mungkin sedikit kerana pelancongan luar negara hanya membabitkan segelintir masyarakat. Tambahan lagi, penumpang ekonomi membayar sedikit dan lebih rendah dari yang dijangkakan, kerana penumpang bukan ekonomi dikatakan sebagai menyumbang kepada subsidi penumpang ekonomi.