Public Bank Berhad (PBB) sekali lagi muncul sebagai pemenang terbesar pada Anugerah Kecemerlangan Pembayaran Elektronik (MEEA) 2019 yang diadakan di Kuala Lumpur pada 31 Julai 2019.
Bank itu meraih empat anugerah atas sumbangan cemerlangnya kepada perkembangan ekosistem pembayaran elektronik (e-payment) di Malaysia.
Anugerah MEEA ini dianjurkan setiap tahun oleh Payments Network System (M) Sdn Bhd (PayNet) sebagai mengiktiraf pencapaian cemerlang bank-bank, peniagaan dan agensi kerajaan yang telah memberi sumbangan besar bagi kecemerlangan, inovasi dan perkembangan pembayaran elektronik di Malaysia.
Anugerah yang diberikan kepada PBB ialah: Top JomPAY Acquirer, Best MyDebit Bank, Top MyDebit Acquirer dan Outstanding Contribution to MyDebit.
Anugerah tersebut disampaikan oleh Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Encik Adnan Zaylani Mohd Zahid.