Artikel

Petronas Tidak Berhasrat Membeli Sebarang Kepentingan Penapisan Minyak India

Petroleum Nasional Bhd (Petronas) menjelaskan bahawa mereka tidak berhasrat memperoleh apa-apa kepentingan dalam penapisan minyak Bina -India.

Petronas, melalui sebuah kenyataan, menyatakan bahawa ‘walaupun India merupakan pasaran penting bagi kami, kami tidak berhasrat beli Bina -India’.

Kenyataan Petronas hari ini, merujuk kepada sebuah laporan oleh Reuters yang diterbitkan pada 29 Julai 2019 bertajuk ‘Petronas-JXTG Jepun membeli kepentingan dalam penapisan minyak Bina India’.

Pada 29 Julai, Reuters, memetik sumber yang rapat dengan perkara itu, melaporkan bahawa Petronas dan konsortium yang diketuai oleh JXTG Holdings Inc Jepun adalah antara syarikat-syarikat yang berminat untuk membeli kepentingan dalam penapisan minyak India Bina.

Ia melaporkan bahawa kilang Bina – India, yang terletak di India Tengah, mampu memproses 156,000 tong sehari minyak mentah, dan dikendalikan oleh Bharat Oman Refineries Ltd, melalui sebuah usaha sama 50-50 di antara Oman Oil Co dan Bharat Petroleum Corp (BPCL) .