TNG Digital Sdn Bhd – usahasama antara Touch ‘n Go Sdn. Bhd. dan Ant Financial Group, telah mengumumkan bahawa Ignatius Ong dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu.
Berbekal 15 tahun pengalaman dalam syarikat penerbangan, Ignatius sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Hasil Kumpulan di Malaysia Airlines (MAS) dan setelah itu sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Firefly Airlines dari tahun 2011 hingga 2018.
Tanggungjawab beliau sebelum ini di syarikat penerbangan meliputi pelbagai bahagian iaitu pertumbuhan, pendapatan dan pengurusan jualan organisasi.
Mengulas mengenai pelantikan itu, Pengerusi TNG Digital, Tengku Dato ‘Sri Zafrul Aziz berkata, “Kami sangat gembira untuk mengalu-alukan kehadiran Ignatius dalam syarikat dan sememangnya ini antara syarikat yang paling pesat berkembang di Malaysia. Beliau masuk ke dalam peranan yang sesuai, dan dengan mandat yang tegas untuk mempercepat pertumbuhan di TNGD memandangkan ia bergerak untuk mengekalkan dan menguatkan kedudukannya sebagai pemain dompet digital No.1 di negara ini, secara langsung menyokong agenda nirtunai negara. ”
TNG Digital turut mewujudkan ekosistem No.1 nirtunai Malaysia, yang memenuhi keperluan masyarakat digital yang sentiasa berkembang melalui platform pembayaran gaya hidup yang lancar iaitu melalui dompet digital Touch ‘n Go.
Pelantikan Ignatius Ong ini sebagai Ketua Pegawai Eksekutif akan berkuatkuasa pada 12 Ogos 2019 ini.