Artikel

Bank Rakyat – Datuk Rosman Mohamed Selaku Pemangku Pengarah Urusan Baharu

Bank Rakyat telah melantik Datuk Rosman Mohamed sebagai Pemangku Pengarah Urusan baharu mereka. Perlantikan ini efektif bermula semalam.

Rosman juga dilantik sebagai salah seorang lembaga pengarah bank sejak 1 April 2019 hingga 31 Mac, 2020.

Dalam satu kenyataan, Pengerusi Bank Rakyat – Datuk Noripah Kamso berkata pelantikan Rosman akan memastikan kesinambungan pada perlaksanaan strategi bank.

“Pelantikan ini menandakan usaha berterusan pihak bank untuk menyesuaikan kedudukan dengan masa hadapan yang mampan dan progresif dalam landskap yang sentiasa berubah,” katanya.

Rosman memegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Saint Louis University, Missouri dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Urbana University, Ohio di Amerika Syarikat.

Beliau mempunyai lebih dari 30 tahun pengalaman dalam pengurusan dalam pelbagai industri termasuk perbankan, pembangunan perniagaan, sumber manusia dan perakaunan.

Sebelum ini, Rosman telah berkhidmat sebagai pengurus besar kanan bank, perkhidmatan korporat.