Artikel

Celcom Umum Pelan Gentian Optik Dan NFCP Pada Kediaman Seluruh Malaysia

Celcom Axiata Berhad mengumumkan perkhidmatan internet gentian optik berkelajuan tinggi, sebagai tambahan kepada perkhidmatan nirwayar tetap bagi kediaman di seluruh Malaysia.

Celcom Home™ menawarkan perkhidmatannya ke seluruh negara dengan menyasarkan penyediaan perkhidmatan hubungan internet berkelajuan tinggi melalui teknologi gentian optik dan tanpa wayar.

Celcom berkata ini sejajar dengan Pelan Gentian Optik dan Kesaling-hubungan Nasional (NFCP) yang menyasarkan liputan jalur lebar pada aras minima 98% di kawasan penduduk dengan kelajuan minima 30Mbps menjelang 2023.

Melalui teknologi gentian optik, Celcom Home Fibre™ menawarkan pelanggan di seluruh negara dengan internet berkelajuan tinggi tanpa had sehingga 100Mbps pada harga RM120 sebulan, dan 30Mbps dengan harga RM80, yang semestinya memuaskan bagi penstriman video dengan definisi tinggi ultra, atau kualiti 4K.

Celcom Home Fibre™ boleh dilanggani di mana-mana cawangan bluecube dan bersama rakan kongsi yang diperakui Celcom, dengan perkhidmatan pemasangan yang mudah dan mengikut kesesuaian pelanggan.