FBM KLCI terus susut pada Isnin disebabkan oleh jangkaan yang lebih rendah dalam perbincangan perdagangan. Indeks turun 5.27 mata atau 0.32% kepada 1,642.69 mata.
Pasaran negatif dahului dengan 589 rugi berbanding 298 kaunter untung. Bursa Malaysia ditutup semalam susulan perlantikan Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin.
Pasaran saham Asia meningkat semalam dengan Indeks Komposit Shanghai naik 0.39%, Indeks Nikkei 225 naik 0.43% dan Indeks Hang Seng berakhir 0.14% lebih tinggi.
Pasaran AS ditutup merah pada hari Selasa berikutan serangan perdagangan baru daripada Donald Trump ke China. Dow turun 0.09%, Indeks S & P 500 turun 0.26% dan Nasdaq turun 0.24%.