Artikel

Harga RON97 Turun Kepada RM2.56 Seliter

Harga bagi minyak petrol RON97 turun sebanyak 11 sen seliter – harga asal RM2.67 seliter kepada RM2.56 seliter.

Menurut Kementerian Kewangan, penetapan harga runcit bagi petroleum ini dilaksanakan secara mingguan dengan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Pihak kementerian turut memaklumkan bagi harga runcit petroleum RON95 pula masih kekal pada paras RM2.08 seliter dan diesel pula pada harga RM2.18 seliter.

Malah, bermula 27 Julai hingga 2 Ogos ini, kerajaan akan menanggung anggaran subsidi yang berjumlah RM90.48 juta.

Penetapan harga yang sama ini dikekalkan – adalah berasaskan kata sepakat kerajaan dalam menyeimbangkan harga produk petroleum. Sekali gus dapat membantu dan mengurangkan kos sara hidup pengguna.