Artikel

LHDN Desak Najib Razak Membayar Cukai Berjumlah RM1.69 Bil

Bekas Perdana Menteri – Datuk Seri Najib Razak dituntut untuk membayar sejumlah RM1.69 bil oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Susulan tindakan tegas pihak LHDN ini adalah untuk memberi peringatan kepada Datuk Seri Najib Razak bagi menjelaskan tambahan cukai pendapatan beliau. tuntutan ini telah dilaksanakan sejak Mac 2019 lagi, disebabkan kegagalan pihaknya, mereka telah dikenakan tindakan di bawah Seksyen 103 Akta Cukai Pendapatan 1967. Sebanyak 10 peratus dan 5 peratus kenaikan cukai pendapatan telah dikenakan ke atas pihak Datuk Seri Najib Razak .

Sekiranya, pihak mereka masih gagal melunaskan angka tersebut, Datuk Seri Najib Razak berkemungkinan besar akan diisytiharkan bankrap dan secara tidak langsung bakal kehilangan kuasanya selaku ahli Parlimen.

Namun, menurut pelaporan pihak Datuk Seri Najib Razak akan membuat permohonan penangguhan prosiding tuntutan cukai pendapatan tersebut sementara menunggu rayuan mereka terhadap penilaian kepada pihak LHDN.