Kerajaan Amerika Syarikat (AS) telah mendenda Facebook sebanyak RM20 bil (AS$5 bil) kerana melanggar undang-undang dalam isu privasi dan memulakan pengawasan serta sekatan baru dalam perniagaannya.
Walaupun sedemikian, pihak berkuasa AS tidak menganggap Ketua Pegawai Eksekutif Facebook – Mark Zuckerberg sebagai bertanggungjawab dalam hal ini.
Denda 5 bilion ini adalah yang terbesar yang Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) pernah kenakan ke atas sebuah syarikat teknologi.
Facebook meraih pendapatan sebanyak RM240 bil (AS$56 bil) tahun lepas.
Sebagai sebahagian daripada penyelesaian agensi dengan Facebook, Zuckerberg akan secara peribadi mengesahkan pematuhan syarikatnya terhadap program privasinya.
FTC berkata bahawa pensijilan palsu boleh mendedahkannya kepada hukuman sivil atau jenayah.
Sesetengah pakar berpendapat bahawa FTC akan menyabit kesalahan secara peribadi ke atas Zuckerberg dan akan memaksa beliau menghadkan kuasanya di syarikat itu. Tetapi perkara ini tidak berlaku. Sebaliknya, FTC kenakan hukuman terhadap Facebook, dan bukannya terhadap Zuckerberg secara individu.
Facebook tidak mengakui akan pertuduhan salah laku ini sebagai sebahagian daripada hukuman denda tersebut.