Artikel

Maybank Melancarkan Perkhidmatan Perbankan Premier Di Filipina

Maybank melancarkan secara rasmi Maybank Premier, sebuah perkhidmatan perbankan untuk kumpulan berpendapatan tinggi, di Filipina dengan pembukaan Pusat Premier yang pertama di negara ini di cawangan Maybank Ayala Avenue, Makati City.

Bank juga telah bekerjasama dengan VISA, untuk memperkenalkan Kad Kredit Infiniti VISA Maybank bagi menyediakan pelanggan Premier di Filipina dengan keistimewaan gaya hidup yang berbeza.

Sebelum ini, terdapat beberapa bank dari Malaysia yang pernah mencuba pasaran Filipina, tetapi gagal untuk membina sebuah perniagaan yang boleh diskala dan stabil di sana.

Pendekatan Maybank untuk memasuki pasaran Filipina melalui sebuah perkhidmatan untuk golongan berpendapatan tinggi dianggap agak unik dan agak fokus, bagi memberikan impak yang tinggi kepada kumpulan pengguna yang kecil.