Lembaga Tabung Haji (TH) telah mencatat pestasi kewangan yang baik sepanjang separuh pertama 2019 ini. Perihal ini dipacu oleh strategi pelaburan yang mampan serta langkah pengurusan kos yang berhemat.
Peningkatan Pada Prestasi Kewangan
Sepanjang tempoh 6 bulan pertama 2019 ini, TH telah memperolehi pendapatan berjumlah RM1.3 bil. Di mana ia dijana menerusi pelaburan aset pendapatan tetap iaitu sebanyak RM663 juta. Manakala bagi keuntungan bersih pula telah meningkat kepada RM815 juta. Peningkatan ini hasil daripada penjimatan kos pengurusan dan pentadbiran yang telah dilaksanakan.
Malah TH turut menjangkakan peningkatan pada pendapatan dengan kelebihan yang diperolehi ppada Sukuk Urusharta Jamaah Sdn Bhd.
Status Kewangan Semakin Stabil
Perubahan strategi pelaburan TH kepada aset pelaburan telah berjaya mengurangkan tekanan pada keadaan pasaran kewangan yang mengalami ketegangan disebabkan perang dagang pada peringkat global.
Memiliki Sokongan Pendeposit Yang Utuh
Menerusi kepercayaan para pendeposit TH, jumlah deposit masil kekal tinggi dengan berada pada paras RM71.0 bil, kiraan pada Jun 2019. Peningkatan ini telah dijangka oleh TH setelah pengumuman hibah dilakukan apabila tibanya musim haji.
Pelaksanaan Musim Haji 1440H/2019M Berjalan Lancar
Sebanyak 42 penerbangan telah membawa lebih 20 ribu jemaah haji selamat berlepas dan tiba di Tanah Suci. Pengendalian operasi haji dilihat berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini.