Artikel

Catcha Group Tawan Hati Ahli Politik Melalui Wild Digital 2019

Syarikat atas talian, Catcha Group yang berpusat di Malaysia kini telah cuba menawan hati beberapa ahli politik melalui acara Wild Digital 2019. Antara ahli politik yang hadir termasuk Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq dan juga Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Memasuki tahun kelima acara ini telah menyaksikan penglibatan peserta seramai 100 lebih panel, dan dihadiri lebih 1700 pengunjung acara. Apa yang menarik terdapat lebih 50 sesi perbincangan dilaksanakan bersama panel dengan pelbagai topik digital yang menarik.

Seiring dengan tema, Advancing SEA’s Billion-Dollar Ideas – Wild Digital dibentuk dengan objektif untuk menghubungkan pemimpin teknologi dan digital utama pada satu platform yang sama. Di mana inisiatif ini membolehkan pertukaran dan penambahbaikan idea dapat dilakukan. Perihal ini bertujuan untuk meningkatkan kemajuan teknologi pada rantau ini.

YB Syed Saddiq

Nick Nash – Pengasas dan Rakan Kongsi, Asia Partners menyifatkan kedudukan operasi teknologi digital Malaysia dan Asia Tenggara telah berada pada fasa unicorn, di mana masih ketinggalan 10 tahun di belakang China. Hal ini menunjukkan tahap penguasaan digital pada peringkat Asia Tenggara pada tahap yang baik. Fokus utama yang turut ditekankan pada acara tersebut adalah peningkatan bagi perniagaan dengan membina platform digital yang boleh menghasilkan pengewangan akhir bagi setiap pengoperasian.

Antara panel yang turut terlibat adalah Patrick Grove, Roger James Hamilton (New York Times Bestseller), Nick Nash (Pengasas Asia Partners), Eric Gnock Fah (Klook) (iflix), Agung Bezharie (Warung Pintar) dan ramai lagi.

Untuk makluman anda, Catcha Group mempunyai ibu pejabat di Kuala Lumpur dan merupakan antara syarikat digital yang terbesar di Asia Tenggara. Antara sebab utama mereka mengadakan acara seperti Wild Digital adalah untuk mendapat pandangan dari ahli-ahli politik yang akan membentuk dasar negara dalam isu teknologi.