9Majalah Fortune baru-baru ini telah mendedahkan kedudukan tahunan melibatkan 500 syarikat teratas di dunia. Menerusi carta kedudukan yang dilakukan Petronas mengungguli kedudukan di tangga ke 158. Jika sebelum ini, pada tahun 2018 Petronas menduduki tangga ke 191.
Peningkatan sebanyak 33 anak tangga ini memperlihatkan pendapatan yang terkumpul oleh Petronas adalah sebanyak RM 256 bil (AS$62 bil). Manakala keuntungan pula mencatatkan sejumlah RM48 bil (AS$11 bil) dan aset pula sebanyak RM63 bil (AS$154 bil).
Senarai tahunan ini adalah berdasarkan jumlah hasil bagi tempoh dua belas bulan lalu. Pada asalnya, senarai ini mengfokuskan kepada sektor tenaga, pembuatan dan perlombongan namun kini senarai tersebut diperluaskan kepada sektor lain rentetan perubahan landskap ekonomi dunia yang semakin berkembang.