Artikel

Boris Johnson Dipilih Sebagai Perdana Menteri Baharu United Kingdom

Boris Johnson telah dipilih oleh pemimpin Parti Konservatif untuk menjadi Perdana Menteri United Kingdom yang baharu.

Beliau menewaskan Jeremy Hunt dengan selesa menerusi pungutan sebanyak 92,153 undi untuknya berbanding 46,656 untuk Hunt.

Bekas Datuk Bandar London itu akan mengambil alih tampuk kuasa dari Theresa May pada hari Rabu ini.

Dalam ucapan kemenangannya, Johnson berjanji akan memastikan Brexit berlaku, menyatukan negara dan mengalahkan (Ketua Pembangkang) Jeremy Corbyn.

Jeremy Hunt, yang juga merupakan Menteri Luar – dijangka akan meletakkan jawatan sebelum Johnson memulakan tugas rasmi.