Artikel

Netflix Sah Jalani Ujian Pelan Langganan Khusus Untuk Telefon Pintar

Netflix telah mendedahkan rancangan untuk melancarkan satu pelan mudah alih baru.

Perkara ini diumumkan melalui sebuah nota yang diedarkan kepada pelabur Netflix minggu lepas.

Selepas beberapa bulan menjalani ujian, Netflix mengesahkan pelan skrin mudah alih pertamanya akan dilancarkan di India dalam suku ketiga tahun ini.

Pelan percubaan yang berharga sekitar RM12 (AS$4) sebulan telah berjalan di India dan beberapa pasaran Asia yang terpilih sejak beberapa bulan lalu.