Nota Pasaran dibekalkan oleh Stephen Innes, Pengarah Urusan VanguardMarkets di Bangkok.
Indeks S&P500 meningkat 0.3% pada hari Isnin, dengan indeks di seluruh Asia dan Eropah sedikit berubah.
Aliran berita agak ringan awal minggu ini, tetapi dengan Fed dalam tempoh embargo, aliran biasa oleh pegawai kanan Fed telah dilihat dengan ketiadaan apa-apa kenyataan dari mereka.
Peniaga mempunyai hubungan pahit-manis apabila Fed bersuara, tetapi dalam waktu embargo seperti sekarang, para peniaga agak ‘rindu’ dengan komen-komen mereka.
Dan seperti yang kita dapat lihat dari tindakan harga semalaman, peniaga agak runsing dengan keadaan tidak menentu, sehingga Fed umumkan kadar faedah AS.
Walaupun ECB akan menarik perhatian pada hari Khamis, namun keputusan Fed dan panduan dasar yang akan menjadi yang paling kritikal bagi pasaran risiko dalam pandangan.