Artikel

MyNews Holdings, Family Mart, Pilihan UOB KayHian

Pusat penyelidikan pasaran UOB KayHian melaporkan bahawa MyNews dan Family Mart adalah pilihan kedai runcit terbaik di pasaran.

Perkara ini diumumkan melalui satu nota pasaran yang diterbitkan pada pagi 23 Julai 2019.

Dalam nota itu, UOB KayHian mensyorkan status MyNews Holdings sebagai ‘beli’.

Family Mart tidak dipasarkan di Bursa Malaysia.

UOB KayHian membuat perbandingan antara kedai-kedai runcit berpasaran di Kuala Lumpur, iaitu MyNews, 7-Eleven, Family Mart, Kedai Shell dan Petronas, dan 99 Speedmart. Kesimpulan yang dibuat oleh induk penyelidikan ini adalah MyNews dan juga Family Mart memberikan nilai yang terbaik – dalam kumpulan ini – untuk pasaran.

Nilai terbaik yang disebutkan termasuk harga yang berpatutan, kebolehan untuk makan dan minum dengan selesa di premis kedai-kedai ini, pilihan produk SKU yang lumayan, dan lokasi yang mempunyai trafik pejalan kaki yang mudah dicapai.