Artikel

UIAM Pilih Veteran Perbankan Islam Sebagai Presiden Baharu Universiti

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini telah memilih seorang veteran perbankan Islam sebagai presiden baharu mereka.

Ketua Pelembangaan UIAM, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah telah memberi perkenan atas perlantikan Datuk Dr. Mohd Bakar sebagai Presiden UIAM yang kelapan selama 3 tahun. Perlantikan ini telah berkuatkuasa pada 1 Julai 2019.

Beliau yang juga adalah bekas Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar) dari tahun 2002 hingga 2005. Beliau telah memulakan kerjaya sebagai pensyarah pada tahun 1989. Memiliki pengalaman yang luas mengenai persekitaran UIAM memandangkan beliau juga pernah menjadi pensyarah di UIAM.

Beliau juga memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah di Yayasan Pemegang Amanah Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM). Sebelum ini, beliau pernah menganggotai Badan Penasihat Syariah bagi institusi kewangan Islam di dalam dan luar negara. Dr. Mohd Daud turut mengasaskan syarikat khidmat nasihat kewangan Islam iaitu Amanie Advisors.

Melalui perlantikan ini, UIAM telah memberi satu isyarat yang jelas bahawa universiti itu akan memperlipat-gandakan usaha mereka dalam pengembangan perbankan Islam di dalam negara, mahupun antarabangsa.