RHB Banking Group (RHB) Visa dan IDEMIA memperkenalkan kad kredit MOTION CODE RHB Rewards.
Kad kredit ini mempunyai nombor keselamatan kad kredit (CVV) yang dinamik. Sebelum ini, semua nombor CVV kad kredit yang ada di pasaran Malaysia adalah statik, iaitu tiga nombor yang tertera kebiasaannya di belakang mana-mana kad kredit.
Pelaksanaan kad kredit RHB yang baharu ini merupakan yang pertama di Asia Tenggara.
Menurut RHB, pengenalan kad kredit dinamik CVV ini adalah untuk mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan kad kredit itu.
Kad kredit ini adalah kad pembayaran berteknologi tinggi dengan kod keselamatan pengesahan kad (CVV), yang secara automatik akan diubah dan secara berkala.
Teknologi canggih ini adalah ciri terkini yang dibawa oleh RHB Rewards Motion CodeTM Credit Card/-i baru.