Artikel

SPAN Buat Laporan Polis, Siasat Kemungkinan Sabotaj Air Selangor

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah membuat laporan polis pada 22 Julai 2019 terhadap dua insiden pencemaran yang berlaku di muka sauk empat loji rawatan air di antara 19 hingga 21 Julai 2019.

Menurut SPAN, insiden pertama ialah pencemaran bau yang menyebabkan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 serta LRA Rantau Panjang yang berlaku pada hari Jumaat yang lalu, 19 Julai 2019.

Insiden kedua ialah pencemaran diesel akibat aktiviti kerja-kerja pengorekkan pasir di hulu sungai.

Keempat-empat LRA terpaksa dihentitugas sekali lagi semalam (21 Julai), apabila pemulihan bekalan air baru sahaja mencapai tahap 97%.

Siasatan mungkin akan dijalankan di bawah Seksyen 121(1) Akta Industri Perkhidmatan Air Negara 2006 (Akta 655) yang dikaitkan dengan pencemaran air.