Artikel

Siaran Televisyen Analog Di Langkawi Kini Beralih Kepada Digital

Projek perintis peralihan daripada siaran TV analog kepada digital telah berlangsung pada 21 Julai 2019 di Gunung Raya, Pulau Langkawi.

Ujian dan kajian komprehensif ini akan dijalankan dalam dua (2) minggu yang akan datang.

Projek perintis peralihan siaran TV analog ke penyiaran Televisyen Terestrial Digital (DTTB) telah berlangsung pada 2.30 pagi, Ahad pada 21 Julai di Gunung Raya, Pulau Langkawi.

Fasa perintis yang melibatkan penutupan penyiaran TV analog atau Analog Switch-off (ASO) akan ditambah baik melalui satu ujian. Kajian komprehensif yang dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ini melibatkan kerjasama dengan pihak penyiar swasta bagi tempoh dua minggu di Pulau Langkawi.