Artikel

Pelancong Dari China Dan India Diberi Kelonggaran Visa Masuk Ke Malaysia

Pelancong-pelancong dari China dan India, yang masuk ke negara Malaysia melalui jiran negara ini, iaitu dari Brunei, Indonesia, Singapura, dan Thailand, akan diberikan kelonggaran visa.

Kementerian Dalam Negeri menyatakan bahawa kelonggaran visa terhadap para pelancong dari kedua negara ini adalah seperti berikut:

  1. Tempoh keberadaan di Malaysia bagi tujuan melancong dilanjutkan sehingga 15 hari berbanding 7 hari sebelum ini;
  2. Kadar fi visa VOA dikurangkan daripada RM330.00 kepada RM200.00;
  3. Syarat wang tunjuk dikurangkan daripada USD1,000 kepada USD500 dan dikemukakan sama ada dalam bentuk tunai, cek kembara, kad kredit, kad debit atau wang elektronik yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia; dan
  4. Tarikh pelaksanaan kemudahan VOA adalah berkuatkuasa mulai 15 Julai 2019.

 

Kelonggaran ini hanya akan diberikan kepada pelancong-pelancong China dan India, jika mereka memasuki negara Malaysia melalui pintu-pintu masuk di bawah:

  1. Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Kedah;
  2. CQS Bukit Kayu Hitam, Kedah;
  3. Lapangan Terbang Antarabangsa Miri, Sarawak;
  4.  ICQS Sungai Tujuh, Sarawak;
  5.  Terminal Feri Labuan; dan
  6.  Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah (Skypark Subang)