Artikel

Netflix – Laporan Kerugian Wang Dan Kehilangan Pelanggan Adalah Bersifat Sementara

Netflix telah mengadakan sidang laporan kewangan kepada awam semalam.

Dalam persidangan itu, kedudukan kewangan Netflix adalah amat buruk.

Syarikat itu melaporkan bahawa mereka telah kehilangan sebanyak 2.7 juta pelanggan berbayar di serata dunia pada suku kedua tahun ini. Ini merupakan lebih dua kali ganda jangkaan para penganalisis sebelum ini.

Saham Netflix merudum lebih 10% setelah laporan itu keluar.

Pihak pengurusan Netflix, dalam sidang berkenaan, telah menyatakan bahawa, kedudukan perniagaan syarikat itu di pasaran dunia masih baik, tetapi angka yang dilaporkan tidak membuktikan kenyataan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Netflix, Reed Hastings berkata, “hampir kesemua pertumbuhan syarikat kami berada di pasaran antarabangsa. Kelemahan yang dihadapi oleh syarikat ini dalam suku ini hanya sementara”.