Artikel

Airbnb Sahut Cabaran Ulangtahun Ke-50 Pendaratan Di Bulan

Sempena ulangtahun ke 50 pendaratan di bulan, Airbnb menyenaraikan lima hos yang mempunyai kediaman yang kelihatan seperti ia berada di Bulan untuk pelanggan mereka pilih.

Kesemua lima lokasi ini terletak di serata dunia dan didatangkan pada harga yang rendah.

Kesemua lokasi ini boleh didiami dengan harga yang rendah, tetapi pilihan tarikh adalah terhad, iaini sepanjang Ogos, September, Oktober dan November.

Dari replika kapal angkasa ke piring terbang, kediaman “antara bintangā€ ini pasti akan membawa anda ke galaksi dan lebih jauh lagi!

Bersedia untuk berlepas! Berikut ialah peluang pengguna untuk menginap dalam kapal angkasa sekali seumur hidup. Perkara yang menjadikannya lebih menarik ialah hos, Peter, membina kapsul ini dari awal!

Rumah ini turut dilengkapi dengan pelbagai keperluan, lebih menarik anda boleh berbaring di atas katil pada waktu malam dan melihat pemandangan melalui tingkap di atas – memerhati bintang dan membayangkan anda terbang melalui ruang angkasa. Hayati keindahan apabila matahari terbenam dan pada waktu siang nikmati keseronokan kembara berjalan kaki berhampiran Mount Cook.

Ini adalah 5 lokasi pilihan Airbnb sempena Cabaran Ulangtahun ke 50 Pendaratan Di Bulan:

 

1 – Kapal Angkasa Apollo 11, Pukaki, New Zealand

  • $11 semalaman, berserta cukai dan yuran yang berkenaan, tarikh penginapan: 13-15 September 2019 dan 27-29 September 2019

 

2 – Memerhati Bintang Luar Grid ArkitekĀ  , Twentynine Palms, California

  • $11 semalaman, berserta cukai dan yuran yang berkenaan, tarikh penginapan: 9-11 Ogos 2019 dan 16-18 Ogos 2019

 

3 – Piring Terbang UFO Futuro, Redberth United Kingdom

  • $11 semalaman, berserta cukai dan yuran yang berkenaan, tarikh penginapan: 27-29 September 2019 dan 4-6 Oktober 2019

 

4 – Kem Bulan, Joshua Tree, California

  • $11 semalaman, berserta cukai dan yuran yang berkenaan, tarikh penginapan: 16-18 Ogos 2019 dan 6-8 September 2019

 

5 – Kapal Terbang Unik dan Terasing, Scotland, United Kingdom

  • $11 semalaman, berserta cukai dan yuran yang berkenaan, tarikh penginapan: 24 -26 Oktober 2019 dan 21 -23 November 2019

 

*Bagi mengetahui maklumat lanjut anda boleh layari pada pautan Airbnb.