Artikel

Rolls-Royce Dan Sapura Resources Menjalin Usaha Sama

Anak syarikat Rolls-Royce iaitu MTU Asia dan anak syarikat Sapura Resources Berhad (SRB) iaitu SRB One telah memeterai perjanjian usaha sama untuk membangunkan MTU Power Systems Sdn Bhd.

MTU Power Systems, pengedar tunggal Rolls-Royce Power Systems, beri tumpuan kepada jualan dan penyelenggaraan produk MTU di Malaysia.

Selaku pengedar eksklusif produk MTU di Malaysia untuk tempoh 10 tahun yang akan datang, MTU Power Systems akan melaksanakan aktiviti jualan dan penyelenggaraan bagi produk dan pakej solusi alatan tulen MTU.

Selain itu, ia juga merupakan perniagaan utama bagi unit Sistem Tenaga Rolls-Royce, untuk pelanggan dalam sektor marin (kedua- dua angkatan laut dan komersil), kereta api, pembinaan dan perindustrian, pertanian perlombongan, minyak dan gas, dan pasaran penjanaan kuasa.