Artikel

HonestBee Umum Penggantungan Perkhidmatan Di Malaysia Bermula 22 Julai Ini

Akhbar The Star melaporkan bahawa Honestbee akan menggantung perkhidmatan penghantaran makanan dan runcit di Malaysia bermula 22 Julai.

The Star memetik sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh Honestbee kepada mereka pada 18 Julai.

Menurut kenyataan itu, Honestbee berkata “selepas peninjauan strategik perniagaan syarikat kami, ibu pejabat kami di Singapura telah membuat keputusan yang tegas untuk menggantung operasi kami di Malaysia buat sementara waktu. Ini adalah untuk memastikan kami dapat memenuhi komitmen kewangan kami kepada peniaga, rakan kongsi dan pembekal kami kerana kami mengkaji dengan teliti masa depan operasi kami”.

Walaubagaimapun, Honestbee menyatakan bahawa penggantungan ini tidak akan menjejaskan tenaga kerja syarikat itu.

The Star melaporkan bahawa TechCrunch merupakan media pertama yang melaporkan bahawa Honestbee mengalami masalah kewangan. Laporan ini diterbitkan oleh TechCrunch pada bulan April tahun ini.

Susulan itu, pada bulan Mei, Honestbee mengumumkan Brian Koo sebagai pengganti Joel Sng untuk jawatan ketua pegawai eksekutif baru syarikat itu.