Artikel

Delaware, Johnson Matthey – Mulakan Pusat Penghantaran Global Di Malaysia

Delaware, sebuah syarikat perunding dari Belgium, akan bekerjasama dengan Johnson Matthey (JM), untuk memulakan perniagaan di Malaysia.

Kedua-dua syarikat ini akan membuka pusat penghantaran global (Delaware Global Delivery Centre) di Kuala Lumpur.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Dr. Ong Kian Ming telah merasmikan pembukaan pusat penghantaran global.

Pusat ini akan mempunya dua fungsi – pertama, meningkatkan keupayaan penyampaian global Delaware, dan kedua, melancarkan SAP ke JM secara global di lebih daripada 30 negara dalam tempoh empat tahun akan datang. 

JM adalah sebuah syarikat FTSE100 – merupakan sebuah syarikat global dalam sains gunaan dan teknologi lestari untuk menjadikan dunia tempat yang bersih dan sihat.