Artikel

Pesta Pertengahan Tahun Lazada Menyaksikan Lebih 53 Tan Milo Terjual

Pada 12 Julai 2019 yang lepas, Lazada telah menganjurkan festa jualan pertengahan tahun yang menyaksikan pelbagai penjual menawarkan diskaun melalui platform edagang berkenaan. Hal ini sekaligus menarik para pengguna untuk membeli-belah sepanjang hari berkenaan melalui platform Lazada.

Kini, lanjutan daripadanya, Lazada berkongsi beberapa statistik menarik bersama kami di Rnggt, berkenaan apa yang hangat terjual pada 12 Julai berkenaan.

Lazada Pertengahan Tahun

Lazada mengatakan tempoh puncak yang memperlihatkan ramai membeli adalah antara 12 tengah malam sehingga 1 pagi, pada 12 Julai 2019. Sepanjang tempoh 24 jam berkenaan, ia turut menyaksikan sebanyak 53,000kg Milo terjual melalui platform berkenaan.

Satu lagi produk dibawah Nestle yang hangat terjual adalah Maggi, dimana 10,000 pek Maggie Mee 2mins Curry terjual pada platform berkenaan dalam masa hanya kurang 6 minit.

Lazada turut menyaksikan 8,500 Burger King Tandoori Chicken Burgers terjual dalam tempoh berkenaan, selain lebih setengah juta liter petrol yang terjual melalui platform edagang berkenaan pada 12 Julai 2019.

Dengan kejayaan jualan festa pertengahan tahun ini, tidak mustahil untuk kita melihat Lazada meneruskan konsepnya pada tahun-tahun akan datang. Selain jualan ini, tarikh jualan yang turut dipopularkan oleh Lazada dengan pemasaran besar-besaran adalah 11 November atau turut dikenali sebagai 11.11.