Artikel

Gamuda Antara Syarikat Mendapat Perhatian Susulan Kelulusan Projek LRT Bayan Lepas

Kementerian Pengangkutan telah meluluskan Projek Transit Rel Ringan (LRT) Bayan Lepas di Pulau Pinang.

Kos anggaran projek LRT Bayan Lepas adalah RM8.4 bil dan akan mempunyai kepanjangan 29.9 km, dari Komtar ke Bayan Lepas.

Projek ini adalah antara projek pelan induk pengangkutan kerajaan negeri, yang akan menelan kos sebanyak RM46 bil keseluruhannya.

Antara pelan ini, termasuk pembikinan terowong bawah laut yang akan menghubungkan bahagian pulau dengan bahagian semenanjung di negeri itu.

Terdapat juga pelan yang akan mengaitkan beberapa lebuhraya, LRT, monorel, peningkatan keupayaan rangkaian bas, dan selainnya.

Menurut Rakuten Trade – sebuah institusi pelaburan mengatakan Gamuda akan mendapat perhatian ramai pelabur susulan syarikat itu telah menjadi salah sebuah syarikat pembinaan yang terkait dengan projek ini.