Artikel

Masa Hadapan Hospital Swasta Kini Semakin Kritikal

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah telah menyuarakan rasa ketidakpuasan hati beliau di laman Twitter.

Beliau berkata, “Kami kekurangan dana dan tenaga pekerja, bekerja dalam situasi yang sesak dan ramai pesakit”.

Disebabkan oleh kesan kesesakan kronik di hospital-hospital kerajaan, ini memungkinkan perkhidmatan di hospital swasta untuk memperlipatgandakan usaha mereka bagi menawan pasaran.

Namun disebabkan harga di hospital swasta terlalu tinggi berbanding hospital kerajaan, terdapat beberapa pendapat yang menyatakan bahawa sekiranya terdapat mana-mana hospital swasta yang boleh turunkan harga, jumlah pesakit yang hadir mungkin akan lebih meningkat.

Data yang diberikan oleh Jabatan Perangkaan ini menunjukkan inflasi kesihatan meningkat sebanyak 31% tahun demi tahun.