Kabinet dijangka akan membuat keputusan tentang jualan PLUS dan juga empat konsesi tol yang lain pada minggu hadapan.
Ini adalah kenyataan Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng.
Menurut Guan Eng, keputusan jualan ini harus diputuskan segera agar kerajaan dapat mengurangkan pembayaran pampasan kepada operator tol ini.
PLUS merupakan konsesi tol terbesar di negara dan memiliki lapan lebuhraya di bawah lima konsesi berasingan.
PLUS dimiliki bersama KWSP dan Khazanah Nasional, dan konsesinya akan luput pada Disember 2038.
Kerajaan juga dijangka akan membuat keputusan tentang peralihan konsesi tol milik Gamuda Bhd.
Empat konsesi tol Gamuda yang berada dalam pertimbangan adalah Litrak, Kesas, Smart Tunnel, dan Sprint.
Gamuda memiliki kepentingan pada empat syarikat di atas dan Menteri Kewangan (Diperbadankan) telah umum pada Jun 2019 lalu untuk mengambil alih keempat-empat konsesi tersebut dengan harga RM6.2 bilion.