Terbaharu, sebuah aplikasi dompet digital telah mula diperkenalkan iaitu KelantanPay. Aplikasi ini telah dibangunkan oleh kerajaan negeri Kelantan bagi memudahkan pelbagai proses transaksi.
Antara kemudahan yang boleh didapati pada aplikasi ini adalah:
- Melaksanakan pembayaran bil elektrik dan air
- Memohon sebarang permit perniagaan
- Pembelian tiket – secara atas talian
- Membuat pembayaran cukai dan kompaun
- Membeli-belah pelbagai produk seperti Batik, emas, makanan dan pelbagai lagi
Menerusi pengenalan aplikasi ini, jelas menunjukkan negeri tersebut menerima baik proses pendigitalan dalam industri kewangan. Perihal ini secara tidak langsung dapat memberi impak yang baik kepada ekonomi kerajaan negeri. Bagi mengetahui maklumat lanjut, layari pautan dibawah.