Artikel

Program Subsidi Petrol Ditangguh

Kerajaan pada 7 Oktober 2019 lalu telah mengumumkan pelaksanaan Program Subsidi Petrol (PSP) bermula Januari 2020 nanti. 

Namun, mesyuarat Kabinet pada 18 Disember 2019 telah memutuskan bahawa pelaksanaan PSP pada Januari 2020 ini tidak akan diteruskan sehingga satu masa yang sesuai diumumkan kemudian. 

Hal ini bagi memberi ruang untuk sesi penerangan dan penjelasan diteruskan dengan tujuan memberi kefahaman dan mempersiapkan rakyat menerima pelaksanaan program PSP ini. 

Proses pendaftaran penerima daripada kelompok M40 yang akan dikendalikan oleh Kementerian Kewangan. Sementara menunggu pengesahan pelaksanaan PSP diumumkan, rakyat akan terus menikmati harga petrol berdasarkan sistem sedia ada.

Turut difahamkan peruntukan sebanyak RM 2.4 billion disalurkan bagi PSP dalam Belanjawan 2020.

Jumlah ini dikatakan akan memanfaatkan seramai 8 juta penerima daripada kelompok B40 dan M40.