Artikel

Malaysia 2020: Ini 10 Perkara Yang Perlu Anda Ketahui

Ini adalah 10 rangkuman yang perlu diketahui sebelum anda memasuki tahun 2020.

Pertama adalah pengenaan kompaun terhadap individu yang merokok di kesemua premis makanan akan dikuatkuasakan bermula 2020 ini. Pengenaan kompaun sebanyak RM250 ini akan diberi kepada perokok yang gagal mengikuti arahan pihak berkuasa, sekiranya gagal individu akan didenda RM10,000 atau penjara tidak melebih 2 tahun.

Kedua, kadar gaji minimum telah dinaikan kepada RM1,200 bagi 57 bandar utama di Malaysia. Seperti yang sedia maklum, pada Belanjawan 2020, kerajaan telah menetapkan kenaikan ini manakala bagi bandar yang tidak terlibat – gaji minimum masih kekal pada tahap RM1,100.

Ketiga, penggunaan car seat bagi kanak-kanak mula diwajibkan. Penguatkuasaan Child Restraint System (CRS) ini bagi menjamin keselamatan pada kanak-kanak. Tiada sebarang saman akan dikenakan untuk enam bulan pertama setelah ia dikuatkuasakan.

Keempat, rakyat yang terpilih akan diberikan subsidi petrol RM30 sebulan (kereta) dan RM12 sebulan (motosikal). Malah RON95 akan naik 1 atau 2 sen bagi setiap minggu sehingga April 2020.

Kelima, kini penyedia perkhidmatan digital asing akan dikenakan cukai perkhidmtan digital sebanyak 6%. Cukai ini meliputi platform seperti perisian, pengiklanan digital, penstriman, video dan muzik.

Keenam, setiap isi rumah di Sarawak akan menikmati air percuma. Menurut Kementerian Utiliti RM5 pertama bil air domestik yang bersamaan dengan kira-kira 11,300 liter air percuma.

Ketujuh, para pelajar kini diberi kebenaran untuk memilih subjek mengikut minat mereka. Di mana aliran Sains dan sastera dimansuhkan (Tingkatan 4).

Kelapan, Program Sarapan Percuma (PSP) 2020 untuk semua pelajar sekolah rendah. Program ini akan bermula seawal jam 7 pagi hingga 8.30 pagi (sekolah sesi pagi) dan di antara jam 12 tengah hari hingga 4 petang bagi sekolah sesi petang.

Kesembilan, pelaksanaan sistem cukai petak mulai 1 Jan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan menyaksikan pemilik terutama golongan B40 menikmati kadar tetap RM15 setahun bagi hak milik pajakan dan RM20 setahun bagi pegangan hak milik kekal.

Kesepuluh, majikan diwajibkan untuk mendaftarkan pekerja asing di bawah Skim Bencana Kerja Pekerja Asing (SBKPA) yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).