Baru-baru ini, Grab mengesahkan permohonan lesen perbankan digital di Singapura telah dilaksanakan.
Untuk makluman pembaca, permohonan ini bertujuan meningkatkan tahap perniagaan kewangan teknologi (fintech) negara tersebut.
Sekiranya pihak Grab berjaya memperolehi lesen tersebut, secara tidak langsung perihal ini dapat memberi akses kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk membuat sebarang deposit, pinjaman atau perkhidmatan kewangan lain.
Inisiatif ini sekali gus membuka pelbagai peluang kepada Grab untuk melancarkan lebih banyak ciri perkhidmatan perbankan kepada pengguna mereka.
Turut dijangka Pihak Berkuasa Monetari Singapura akan mengumumkan pemegang lesen perbankan ini pada pertengahan 2020.
Grab juga menyatakan perkhidmatan ini akan dilancarkan pada pertengahan 2020, bermula dengan Singapura.