Artikel

Dekad 2010-2019 untuk Malaysia melalui 12 keping gambar

Malaysia telah menempuhi perubahan yang dramatik sepanjang dekad 2010 hingga 2019. Perubahan kerajaan, gangguan teknologi yang dramatik, kes global 1MDB, kehilangan pesawat MH 370 dan tembakan kepada MH 17.

Kesemua perubahan yang telah berlaku sepuluh tahun yang lalu, samada jernih mahupun keruh, telah mewarnai kisah negara kita sebagai sebuah negara membangun, yang masih dahaga dengan pembangunan tambahan dan kemakmuran yang mampan.

Ikuti perjalanan Malaysia sepanjang dekad lalu, melalui 12 keping gambar yang disusun khas oleh barisan pengarang di Rnggt:

1. Perubahan kerajaan setelah 61 tahun merdeka

(Photo by MOHD RASFAN / AFP)

Mantan perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dari parti Barisan Nasional memberi reaksi murung ketika beliau memberi ucapan kepada media setelah parti yang dikendali beliau, kalah dalam pilihan raya umum ke-14 di Kuala Lumpur pada 10 Mei 2018.

Tun Mahathir Mohamad, 92, memenangi kemenangan pilihan raya bersejarah pada 10 Mei 2018, dalam menggulingkan kerajaan yang dilanda skandal dan menggantikan sebuah kerajaan yang memerintah selama lebih dari enam dekad.


2. Negarawan kembali, rakyat bersatu

(Photo by Handout / Malaysia National Palace / AFP)

Gambar yang diambil pada 10 Mei 2018 oleh Istana Negara menunjukkan Perdana Menteri Malaysia kelapan (dan keempat), Tun Mahathir Mohamad menerima watikah perlantikan jawatan perdana menteri dari Raja Muhammad V sebelum mengambil sumpah sebagai pemimpin baharu Malaysia di Istana Negara di Kuala Lumpur,

Tun Mahathir Mohamad, berusia sembilan puluh dua tahun ketika itu (beliau kini berusia sembilan puluh empat), bersumpah pada 10 Mei 2018 sebagai pemimpin demokrasi tertua di dunia selepas kemenangan pilihan raya keempat belas.


3. Bangunan tertinggi di Asia Tenggara siap dibina

(Photo by Roslan RAHMAN / AFP)

Exchange 106, sebuah menara ikon terpenting di Tun Razak Exchange (TRX) siap dibina pada 2 Oktober 2019.

Ia merupakan sebuah bangunan tertinggi di Malaysia, dan di Asia Tenggara, mengatasi ketinggian Menara Berkembar KLCC.

Exhange 106 dijangka akan memacu kemajuan di TRX.


4. Projek Malaysia di London

(Photo by BEN STANSALL / AFP)

Sebuah konsortium Malaysia yang terdiri daripada Sime Darby Property Bhd, S P Setia Bhd, dan KWSP mendapat hak untuk membina semula Stesen Janakuasa Battersea di London pada 7 Jun 2012.

Battersea merupakan sebuah bangunan ikonik di London, dan merupakan antara struktur penggunaan batu bata terbesar di Eropah.

Projek ini dianggarkan bernilai RM1.2 bilion (£ 400 juta).


5. Tragedi MH370 masih menjadi tanda tanya

(Photo by RICHARD BOUHET / AFP)

Ahli persatuan ekologi setempat dan sukarelawan berdiri di belakang serpihan yang ditemui pada 11 Ogos 2015 di bahagian timur Sainte-Suzanne, di Pulau Reunion Perancis di Lautan Hindi, semasa operasi mencari pesawat MH370 yang hilang yang dikendalikan oleh pasukan tentera Perancis dan persatuan-persatuan tempatan.

Bahagian sayap (flapiron) ditemui di pulau itu pada akhir bulan Julai dan disahkan oleh Perdana Menteri Malaysia adalah sebahagian daripada Boeing 777 yang hilang pada 8 Mac 2014 dengan 239 orang di atas kapal.

Pesawat MH 370 masih belum dijumpai hingga kini.


6. Geely-Proton lancarkan x70

(Photo by Mohd RASFAN / AFP)

Syarikat kenderaan pertama negara – Proton – memperkenalkan model X70 di Kuala Lumpur International Motor Show pada 22 November 2018.

Model ini adalah keluaran pertama oleh syarikat induk Proton, Geely. Beberapa penganalisis menyuarakan pendapat bahawa X70 memberikan kesan positif terhadap penambah-baikan imej Proton secara amnya.


7. Dakwat meninggalkan kesan dalam proses demokrasi

(Photo by Mohd RASFAN / AFP)

Penggunaan dakwat selepas membuang undi mula diperkenalkan buat pertama kalinya di Pilihanraya Umum ke-13 pada 5 Mei, 2013.

Kedua-dua pihak, kerajaan mahupun pembangkang pada ketika itu, bersetuju untuk menggunakan dakwat setelah beberapa dakwaan menipu ketika mengundi boleh berlaku.


8. Grab takluk Asia

(Photo by Charly TWO / AFP)

Seorang model berdiri di sebelah sebuah kereta Grab semasa pelancaran perkhidmatan e-hailing di Phnom Penh pada 19 Disember 2017.

Syarikat terkemuka di Asia Tenggara ini telah menakluki beberapa negara, dan berkembang pesat di arena perniagaan lain, seperti e-dompet, penghantaran makanan, dan lain-lain.

Grab kini bernilai lebih RM4 billion (US$1 billion) dan memulakan perjalanan perniagaan mereka di Kuala Lumpur. Kini Grab beribu pejabat di Singapura.


9. Pengampunan dan pembebasan Anwar

(Photo by Roslan RAHMAN / AFP)

Datuk Seri Anwar Ibrahim memegang bendera Malaysia di hadapan penyokongnya di sebuah perhimpunan di Kuala Lumpur pada 16 Mei 2018.

Seorang reformis, dan mantan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisytiharkan “fajar baru untuk Malaysia” pada 16 Mei selepas dibebaskan dari penjara.

Sewaktu perubahan kerajaan berlaku, Tun Mahathir menjanjikan rakyat Malaysia bahawa perubahan perdana menteri dari beliau kepada Datuk Seri Anwar akan berlaku dalam tempoh ‘satu hingga dua’ tahun.


10. Pertabalan Yang di-Pertuan Agong

(Photo by SHAIFUL NIZAL / DEPARTMENT OF INFORMATION / AFP)

Gambar dari Jabatan Penerangan Malaysia yang diambil dan diedarkan pada 30 Julai 2019 memperlihatkan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah mencium salinan Al-Quran di Istana Negara di Kuala Lumpur.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin adalah Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-enam belas.


11. Kes 1MDB

(Photo by Mohd RASFAN / AFP)

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Malaysia (CCID), Datuk Seri Amar Singh menunjukkan gambar barangan yang disita di sebuah sidang media di Kuala Lumpur pada 27 Jun 2018.

Barangan yang disita dari enam premis dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak, termasuk wang tunai, stash barang kemas dan beg tangan mewah, bernilai sehingga RM1.1 bilion (US$273 juta, kata polis pada 27 Jun.

Kes 1MDB masih berjalan di mahkamah.


12. Gerhana Matahari melabuhkan tirai bagi dekad yang penuh bersejarah untuk negara

(Photo by Sadiq ASYRAF / AFP)

Bulan bergerak di hadapan matahari dalam gerhana matahari yang jarang berlaku, seperti terlihat dari Tanjung Piai, Johor pada 26 Disember 2019.

Seperti gerhana matahari yang jarang berlaku bukan sahaja di dunia, tetapi terkesan di Malaysia, dekad 2010-2019 adalah sebuah dekad yang amat bersejarah.

Semoga dekad yang akan datang membawa keberkatan bersama untuk semua rakyat Malaysia.