Artikel

SC Saman Rakan Kongsi Deloitte RM63,000

Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah mengenakan saman sebanyak RM63,000 terhadap Huang Khean Yeong kerana gagal melaksanakan tanggungjawab beliau sebagai seorang auditor bertauliah.

Ini merupakan tindakan pertama SC menyaman seorang pegawai dari entiti ’empat audit’ terbesar negara.

Huang telah didapati bersalah kerana tidak mematuhi piawaian antarabangsa untuk pengauditan berkenaan dengan audit entiti berkaitan kepentingan awam.

SC menyatakan bahawa Huang tidak akan membuat rayuan terhadap keputusan ini.

Saman dikeluarkan oleh Lembaga Pengawasan Audit SC.